Random #15



Aku start so maknanya aku kena endkan .
Tak kait pun act .

Kita senang main cakap pasal itu ini tentang orang . Padahal kita tak tahu kenapa dorang buat , jadi macam tu . Sekarang kita lebih suka main cakap ikut sedap mulut ditambah dengan sikit ajinamoto bagi enak ceritanya . Mulut mulut puaka sana sini . Pergilah hujung dunia pun , kalau orang buat benda pelik sikit mesti orang mengutuk . Sebab persepsi manusia kita tak boleh halang . Mulut manusia tak boleh nak ditutup macam mulut tempayan tu . Manusia kalau dah penat berkata dia diam juga . Samalah macam anjing kalau dah penat menyalak nanti dia diam .

Satu satu cabaran , dugaan datang . Diuji . Mengeluh ? Jangan pernah . Menangis ? Menangislah jika perlu . Menangis bukan makna kita lemah . Tak . Tapi tu cukup membuktikan yang kita cukup kuat untuk hadap semua yang diberi cuma tak terluah .

Sekarang , satu satu pergi . Hilang . Jauhkan diri . Aku cuba terima . Sebab aku tahu reason . Yaa . Memang sikit banyak effect dekat aku . Sakit perasaan kena tinggal . Lagi sakit dari sakit kaki , sakit mata , pening kepala . Perit gilaa . Rasa nak nangis tu memang akan muncul . Aku paling benci nak menangis tapi aku tak cukup kuat nak hadap benda ni sorang . Aku rasa dunia tak adil . Tapi rukun iman yang keenam buat aku sedar yang ini ketentuan . Bukan bajet nak berdakwah . Aku taip apa yang ada dalam otak aku . Apa yang aku rasa .

Januari . Baru hari ke 17 . Dan aku rasa air mata yang aku dah keluarkan cukup 5 baldi untuk tadah air . Terlalu banyak . Dari diri sampai ke yang ntahapeape tu . Mulalah aku pelik kenapa aku dok nangis tiap malam . Mata pun dok membengkak . Mulalah aku bagi alasan tak cukup tidur lah apalah .

Aku tak mintak banyak .
Aku cuma nak cuba jadi cukup tabah untuk telan semua benda pahit yang dah and akan aku lalui .
Cuba jadi kuat untuk hadap semua benda yang menyakitkan ni .
Cuba bina and renovate empang agar tak mudah pecah macam sekarang .

Sebab hati aku tengah sakit . Perit . Yang teramat .

Love xoxo
Syaii
17January2014
Sick.

No comments:

Post a Comment